top of page
  • TikTok
  • Instagram
photo_2024-01-09_11-01-14_edited.jpg

ABOUT ME

Editor . Gaffer .

Nama saya Wan Muhammad Adnin bin Wan Mohd Saiful Bahri. Saya dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan. Berumur 23 tahun dan merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik. Saya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Hamzah 2 pada tahun 2009 sehingga 2014. Kemudian, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Machang pada tahun 2015 sehingga 2019 dan menyambung pengajian Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2020 sehingga 2022 di sekolah yang sama. Pada tahun 2023, saya menyambung pelajaran peringkat sarjana muda di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok dalam program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian dibawah bidang Pengajian Skrin. 

​

Saya meminati bidang editor dan gaffer ini sejak saya menyambung pelajaran dalam ijazah sarjana muda (degree) kerana saya dapat cungkil minat saya yang terpendam. Semasa di UMK, saya mengambil bahagian dalam tugasan berkumpulan sebagai editor, gaffer, pengarah dan jurukamera. Saya juga seorang yang komited dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan oleh pensyarah dan berusaha untuk melaksanakan sehabis baik dan sedia menerima teguran sekiranya melakukan kesilapan. Saya mampu memberikan komitmen yang baik dalam kerja secara berkumpulan mahupun secara solo. 

​

Pada waktu cuti semester, saya melakukan pelbagai kerja separuh masa (part time) seperti pekerja binaan, mengecat, membasuh kereta dan sebagainya. Saya berharap minat saya ini dapat diterima dalam organisasi pihak tuan/puan. 

​

Sekian, terima kasih. 

© 2035 by BLAKE OWEN.

 Powered and secured by Wix

bottom of page